Pemakanan asal Nasi_lemak

Nasi lemak ialah hidangan yang mudah dan ringkas. Hidangannya lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan ditambah rasa pedas sambal, kerangupan ikan bilis, kepejalan telur rebus dan ditawarkan pedasnya dengan timun. Namun begitu, nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan/bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh sebab nasi lemak mempunyai jumlah kalori/tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat.

Rujukan

WikiPedia: Nasi_lemak http://edition.cnn.com/2015/09/18/travel/my-nation... http://travel.cnn.com/malaysian-food-334106/ http://travel.kompas.com/read/2017/08/11/210400227... http://kyspeaks.com/2009/03/30/ky-eats-mince-pork-... http://says.com/my/lifestyle/ipoh-born-ping-coombe... http://www.visitsingapore.com/dining-drinks-singap... http://www.bharian.com.my/articles/15jenismakanand... http://books.google.com.my/books?id=2cQcAAAAMAAJ&q... http://www.thestar.com.my/Travel/Malaysia/2011/04/... http://www.thestar.com.my/lifestyle/food/news/2014...